KEAHLIAN NETFLIX DIPERLUKAN.
Hadapi misi pertarungan sengit dalam permainan aksi multipemain dalam talian ini. Bentuk rebellion terhadap Motherworld dan perjuangkan kebebasan planet anda.
Pengembaraan sci-fi berlatarkan alam Rebel Moon ini menggabungkan aksi dwi-kawalan dengan permainan dunia epik dan penyesuaian main peranan yang mendalam. Pilih daripada empat kelas pemberontak yang unik — dengan kekuatan tersendiri — dan bersatu dalam satu demi satu misi untuk menumpaskan Imperium.
GERAKKAN DAN INSPIRASIKAN REBELLION
• Alami cerita terbaharu yang berlatarkan filem "Rebel Moon" di dunia Zack Snyder.
• Lanjutkan pencarian anda dengan setiap misi kempen dan buka kunci persekitaran baharu di seluruh planet Krypt.
LAWAN BERSAMA RAKAN ATAU SOLO
• Berganding bahu untuk membentuk pasukan tempur multipemain sehingga empat pejuang bagi setiap misi.
• Pemadanan dalam talian membolehkan anda mencipta atau menyertai pasukan ko-op dengan cepat.
• Jika berani, berusahalah secara berpasukan. Kesukaran permainan akan dilaras mengikut bilangan pemain.
MISI TAKTIKAL & PERTARUNGAN LANCAR
• Adaptasikan strategi anda untuk setiap objektif misi, dari operasi menyelamat hinggalah mensabotaj fasiliti penting Imperium.
• Pelbagai jenis manusia berbahaya dan musuh robot akan menguji taktik dan kemahiran pasukan anda.
• Dapatkan akses ke misi dan rantau baharu dengan kemas kini bermusim ketika peperangan diteruskan.
EMPAT GAYA BERLAWAN
• Bannerguard: Pembela yang turun bertarung untuk menarik perhatian sambil memusnahkan musuh dengan tembakan.
• Forsaken: Asasin lincah yang mengacu pedang kembar untuk memenggal barisan musuh dari jarak dekat.
• Kindred: Penembak hendap jarak jauh yang melepaskan anak panah penembus bagi mengawal pergerakan musuh semasa bertempur.
• Evoker: Doktor pertempuran yang menyembuhkan sekutu dan menyerang musuh dengan kebolehan mistik.
MAIN CARA ANDA
• Setiap kelas mempunyai senjata dan item unik untuk dibuka kunci dan dinaik taraf. Sesuaikan muatan anda agar ia menepati strategi anda.
• Peribadikan penampilan dan gelaran pejuang anda.
• Sokongan pad permainan akan memperhalusi kawalan pertarungan anda.
- Permainan oleh Super Evil Megacorp.
Harap maklum bahawa keterangan Keselamatan Data terpakai kepada maklumat yang dikumpul dan digunakan dalam apl ini. Lihat Pernyataan Privasi Netflix untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpul dan gunakan dalam konteks ini dan selainnya, termasuklah pendaftaran akaun.
Dikemas kini pada
1 Ogo 2025